Sunday, June 8, 2008
Monday, May 5, 2008
Rakyat Terengganu mesti tolak pemerintahan 'Patrick Badawi'
Abdul Halim Mohd Rashid
Tue | Feb 19, 08 | 2:36:50 pm MYT
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Rakyat Terengganu yang berpeluang berjumpa dengan Menteri Besar mereka, Datuk Seri Idris Jusoh hendaklah bertanya kepada beliau adakah Terengganu diperintah oleh kerajaan pilihan mereka atau diperintah oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan rakan perniagaannya , Patrick Lim.
"Jika Idris mendakwa Terengganu diperintah oleh kerajaan pilihan mereka, minta beliau mengambil tindakan undang-undang dengan serta merta ke atas (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang mendedahkan Terengganu sebenarnya diperintah oleh Khairy dan Patrick," kata Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu selepas majlis ceramahnya di Batu Enam, Kuala Nerus.
Mohamad Sabu menyeru rakyat Terengganu supaya memilih kerajaan sendiri dan jangan mengundi Barisan Nasional sama sekali jika tidak mahu negeri mereka diperintah oleh 'Patrick Badawi' seperti yang didedahkan oleh Dr Mahathir.
"Bila Barisan Nasional didakwa menang dalam pilihan raya 2004 yang lalu, negeri ini tidak diperintah oleh kerajaan pilihan rakyat tetapi Dr Mahathir mendedahkan bahawa Terengganu sebenarnya diperintah oleh Khairy dan Patrick.
"Oleh itu, rakyat Terengganu mesti mengundi parti-parti dari Barisan Alternatif yang akan membentuk kerajaan pilihan rakyat Terengganu sendiri dan bukannya mengundi Barisan Nasional yang akan menyebabkan Terengganu terus diperintah oleh orang yang dipanggil Patrick Badawi oleh Dr Mahathir," kata Mohamad Sabu.
Beliau mengecam kerajaan Barisan Nasional pimpinan Idris yang tidak mempedulikan rintihan rakyat Terengganu yang melihat projek Monsoon Cup serta projek pelancongan di Pulau Duyong dan Pulau Wan Man lebih mengutamakan keuntungan Khairy dan Patrick berbanding kepentingan rakyat.
Mohamad Sabu menyifatkan projek-projek tersebut sebagai permulaan peminggiran Melayu Terengganu khususnya Melayu Kuala Terengganu.
Sebelum itu, dalam ceramahnya, beliau sekali mengingatkan bahawa Melayu Kuala Terengganu akan menerima nasib yang sama seperti Melayu Tanjung Tokong di Pulau Pinang.
Diminta menjelaskan perkara itu, Mohamad Sabu berkata, orang-orang Melayu Tanjung Tokong terpinggir dan terpaksa membawa diri ke kawasan luar bandar malah pendalaman di Kedah dan Perak kerana projek-projek yang dilaksanakan di tempat asal mereka mengetepikan kepentingan dan kemampuan mereka.
"Perkara yang sama juga berlaku di Kuala Terengganu. Akhirnya, orang-orang Melayu Kuala Terengganu akan terpinggir dan terpaksa membawa diri ke kawasan luar bandar dan pendalaman," katanya.
Walaupun Pulau Duyong dan Pulau Wan Man dibangga dan dihebohkan pembangunannya, Mohamad Sabu mempersoalkan apakah manfaat yang boleh dikongsi bersama oleh rakyat Terengganu.
"Jangan bohong mengenai peluang peniagaan dan pekerjaan dari projek-projek itu kalau setakat menjadi kuli," beliau mengingatkan.
Sebelum ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat mengenai Intergriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berkata, penganjuran Monsoon Cup di Pulau Duyung tidak banyak memberi faedah kepada rakyat.
Menurut Wan Hashim, pihaknya diberitahu bahawa rakyat Terengganu tidak puas hati kerana sukan tahunan itu menelan belanja besar tetapi tidak banyak memberi faedah kepada mereka.
Sebagai contoh, menurut aduan rakyat kepada pihaknya, hotel-hotel tidak menerima banyak tempahan sempena kejohanan itu.

PAS Terengganu ikrar jadi pembangkang yang kuat
Awang Harun
Mon | Mar 17, 08 | 3:09:05 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 17 Mac (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar yang baru mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya umum lalu bersikap terbuka.
Beliau berikrar akan mengutamakan kepentingan rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama serta berusaha menjadi pembangkang yang kuat di Terengganu.
Katanya, kemenangan PAS berjaya menambah jumlah kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu bukti rakyat menolak Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.
"Kita (PAS) berusaha untuk jadi pembangkang yang berkualiti dan saya telah mengenal pasti masalah-masalah rakyat dalam Dun Ladang ini. Masalah tanah rakyat, masalah penempatan dan kedhaifan (kemiskinan) rakyat perlu diberi perhatian," jelasnya ketika ditemui pada Majlis Meraikan Kemenangan PAS Dun Ladang di Kampung Ladang Sekolah, semalam.
Menurutnya, masalah kemiskinan rakyat masih menghantui penduduk di Dun Ladang yang kini berada di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu.
Kata Dato' Tengku Hassan, sepenggal rakyat berada di bawah pemerintahan BN masalah kemiskinan masih belum dapat pembelaan sewajarnya dari kerajaan negeri.
"Saya akan mengutamakan kepentingan rakyat dan melakukan pembelaan mengikut kemampuan saya sebagai wakil rakyat yang diberi mandat dalam pilihan raya 8 Mac 2008 lalu," ujarnya.
Menurutnya, meski pun Terengganu masih kekal di bawah pemerintahan kerajaan BN tetapi gelombang rakyat di peringkat bawahan menolak kepimpinan Dato' Seri Idris Jusoh. - mns

Subscribe to:
Posts (Atom)
Loading...